``nurrul~ktks_ida``
ULASAN 1


Tajuk kajian: Mengenal Huruf Hijaiyah dalam Pengajaran Tilawah Al-Quran dengan menggunakan Kaedah Nasyid

Pembentang: Nurul Huda Hashim, Siti Nursyahida Saad @ Mohd Yusoff

Penyataan masalah


Pelajar seringkali menghadapi masalah untuk mengenal huruf hijaiyah dalam pembacaan tilawah al-Quran mereka.

Metadologi, Setting kajian dan Sampel kajian

Metodologi kajian meliputi 3 kitaran iaitu (1) mengenalpasti masalah pelajar melalui ujian saringan, merancang dan mengaplikasikan aktiviti dan mengumpul data (2) mengulang kitaran 1 dengan aktiviti yang berbeza dan (3) mengulang kitaran 2. Aplikasi aktiviti yang dijalankan meliputi ujian saringan iaitu dengan kaedah cuba jaya, menyusun flash card, tanyangan video dan penyoalan.

Setting kajian dilakukan di SMK Pendidikan Khas (Vokasional) Perempuan, Shah Alam Selangor.

Sampel kajian adalah sebanyak 9 orang pelajar.

Pengumpulan dan penganalisian data

Data dikumpul melalui penilaian dan pencapaian pelajar, pemerhatian dan latih tubi.

Implikasi kajian

Peningkatan sikap positif dan minat pelajar terhadap penguasaan pembacaan al-Quran dan mengenal huruf hijaiyah di dalam pengajaran mata pelajaran Tilawah al-Quran melalui kaedah nasyid dapat dilihat menerusi peningkatan markah pelajar dan pemahaman mereka.

Manfaat perkongsian ilmu

Menyedari akan hakikat pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam bukan sahaja tertumpu kepada kaedah perbincangan atau syarahan tetapi boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti guru seperti bernasyid. Guru juga harus peka dengan kehendak pelajar masa kini yang mana mahukan keseronokkan didalam pembelajaran mereka dengan menerapkan unsur hiburan di dalam kaedah mengajar tetapi ianya haruslah berlandaskan objektif pembelajaran dan pengajaran yang hendak disampaikan.



ULASAN 2


Tajuk kajian: Meningkatkan Minat pelajar tingkatan 3 dan 4 dalam Pendidikan Kesihatan melalui

Pembelajaran Koperatif

Pembentang: Nurwahidah binti Zolkiflee, Noor Lezura Ab. Aziz



Penyataan masalah

Pelajar kurang berminat dan menganggap mata pelajaran Pendidikan Kesihatan tidak penting kerana tidak melibatkan peperiksaan.

Metadologi, Setting kajian dan Sampel kajian

Metadologi kajian adalah terdiri daripada 4 kitaran iaitu merancang, melaksana, mengumpul data dan menganalisis data, serta refleksi dan penambahbaikkan dalam masa 8 sessi pembelajaran kooperatif di dalam kelas iaitu 70 minit/sesi.

Setting kajian dilakukan di SMK Seri Permaisuri, Bandar Seri Permaisuri, Selangor.

Sampel kajian ini terdiri daripada 35 orang pelajar.

Pengumpulan dan penganalisian data

Pengumpulan data berdasarkan hasil kerja berkumpulan, pemerhatian, temu bual serta refleksi dan penilaian dalam rekod pengajaran harian guru.

Implikasi kajian

Pelajar lebih berminat belajar melalui teknik yang dianjurkan kerana hasil perbincangan membolehkan mereka mengeluarkan dan berkongsi pendapat bersama.

Manfaat perkongsian ilmu

Menyedari akan konsep pembelajaran secara kooperatif memberi kepuasan dan meningkatkan minat kepada pelajar dan guru semasa proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas berlangsung. Akan tetapi, arahan yang diberi oleh guru juga haruslah jelas dan memperuntukkan masa mengikut aktiviti yang dijalankan.
| edit post
Reactions: 
0 Responses

Post a Comment