``nurrul~ktks_ida``
KERANGKA TEORITIKAL

Penyataan masalah bagi kajian adalah:

1.Amalan pengajaran guru sediada dalam subjek Perdagangan dan Keusahawanan dianggap konvensional.

2.Semasa aktiviti pengukuhan (soal jawab) dijalankan, pelajar tidak dapat memberikan jawapan dengan tepat.

3.Pelajar dilihat kurang berminat untuk mempelajari subjek Perdagangan dan Keusahawanan.

Kaedah Mengajar

Berdasarkan kursus kaedah mengajar, strategi yang boleh digunakan untuk mengatasi ketiga-tiga masalah di atas adalah dengan menggunakan kaedah video interaktif.

Psikologi Pendidikan

1. Teori Konstruktivisme

Dalam kursus Psikologi Pendidikan pula, Teori Konstruktivisme digunakan bagi mengatasi masalah di atas. Menurut Borich dan Tombari (1997), konstruktivime adalah pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan dalam minda antara idea dan fakta yang sedang dipelajari.

Contohnya, sekiranya guru ingin mencungkil ciri-ciri usahawan di kalangan pelajar, guru boleh menayangkan video tentang produk-produk yang dihasilkan oleh usahawan. Kemudian, guru memberikan bahan-bahan seperti straw, surat khabar dan sebagainya dan meminta pelajar mencipta sesuatu produk menggunakan bahan yang diberi. Melalui kaedah ini pelajar dapat membina pengetahuan mereka tentang rekacipta berdasarkan video yang ditayangkan dan kemudian menggunakan pengetahuan tersebut untuk mencipta sesuatu yang baru. Melalui teori ini secara tidak langsung guru dapat melihat ciri-ciri seperti kreatif dan inovatif di kalangan pelajar.


2. Teori Pembelajaran Peniruan

Teori Pembelajaran Sosial telah diasaskan oleh Albert Bandura (1925) yang menekankan berkenaan dengan Teori Pembelajaran Peniruan.

Berdasarkan teori ini, apabila guru ingin memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kaedah jualan, guru boleh menggunakan video interaktif yang memaparkan empat aktiviti jual beli yang menunjukkan empat jenis kaedah jualan. Selepas itu, guru meminta pelajar supaya melakonkan semula aktiviti jual beli yang telah mereka tonton supaya pelajar dapat memahami dan dalam masa yang sama mengingat jenis-jenis jualan tersebut.





KERANGKA KONSEPTUAL



KERANGKA OPERASIONAL


1.Guru mengajar sesuatu tajuk dengan memperkenalkan fakta dan tema utama

2.Guru menunjukkan video mengenai perdagangan dan keusahawanan

3.Pelajar duduk di dalam kumpulan heterogeneous

4.Lembaran kerja diedarkan kepada setiap kumpulan untuk diselesaikan dalam kumpulan

5.Guru memantau perbincangan

6.Pelajar diberi kuiz

7.Skor individu dikira dari segi skor peningkatan berbanding dengan skor dengan kuiz yang sebelumnya

8.Kumpulan yang mencapai skor peningkatan tertinggi menerima ganjaran


** Proses diulangi pada setiap proses pengajaran dan pembelajaran
``nurrul~ktks_ida``
Berdasarkan maklumbalas, penambahbaikan yang dapat kami kenalpasti adalah seperti di bawah:


Tajuk Mini K.T:

"Video Interaktif Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran".


Pernyataan Masalah:

1.Amalan pengajaran guru sediada dalam subjek Perdagangan dan Keusahawanan dianggap konvensional.

2.Semasa aktiviti pengukuhan (soal jawab) dijalankan, pelajar tidak dapat memberikan jawapan dengan tepat.

3.Pelajar dilihat kurang berminat untuk mempelajari subjek Perdagangan dan Keusahawanan.


Tujuan Kajian:

Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran subjek Perdagangan dan Keusahawanan lebih menarik dan efektif


Objektif Kajian:

1.Mengkaji samada penggunaan video interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mengubah kaedah konvensional kepada terkini

2.Mengetahui tahap pemahaman pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Perdagangan dan Keusahawanan

3.Menilai samada penggunaan video interaktif dapat meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Perdagangan dan Keusahawanan


Bentuk Soalan kajian:


1.Adakah kaedah konvensional dapat diubah kepada kaedah terkini dalam pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan video interaktif?

2.Adakah pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan dengan penggunaan video interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran?

3.Adakah minat pelajar dapat ditingkatkan dalam subjek Perdagangan dan Keusahawanan dengan penggunaan video interaktif?


L.R link:

http://www.itvdictionary.com/definitions/interactive_video_definition.html

http://www.ctl.utm.my/publications/manuals/mm/elemenMM.pdf
``nurrul~ktks_ida``

Penyataan Masalah berdasarkan 3 jurnal yang dipilih:

JURNAL 1

Tajuk Kajian: Action Research: A Tool for Improving Teacher Quality and Classroom Practice

Pengkaji: Katherine A. O’ Connor, H. Carol Greene, Patricia J. Anderson, 2006.

Penyataan Masalah

Kebanyakkan guru adalah terlalu sibuk untuk membaca tentang suatu kajian, apatah lagi membuat kajian. Mereka menganggap kajian adalah suatu yang tidak relevan kerana terlalu sedikit kajian yang dilakukan oleh guru dan selalunya ia tidak berkait dengan aktiviti harian di dalam bilik darjah. Maka, kajian tindakan dapat membantu mereka untuk mencari strategi dalam memperbaiki amalan pengajaran mereka.


JURNAL 2

Tajuk Kajian: How Do Homework Guides Help Students Acquire Procedural Knowledge?

Pengkaji: Nicholas D. Hartlep, University of Wisconsin Milwaukee, 2008.

Penyataan Masalah

Kajian dan literature review mengenai kerja sekolah adalah terlalu banyak tetapi literature semasa masih tidak dapat menjawab persoalan mengenai kesan dan kepentingan kerja sekolah kepada pembelajaran pelajar. Kerja sekolah dapat memberi pendedahan kepada pelajar pelbagai perkara sama ada yang berkait dengan kurikulum mahupun tidak, termasuklah pengurusan masa.


JURNAL 3


Tajuk Kajian: Pedagogical Research in Psychology: Effective Teaching and Learning in the College/ University Classroom.

Pengkaji: William E. Herman, State University of New York, 2009.

Penyataan Masalah

Kebanyakkan pengajar kolej tidak memperoleh latihan professional yang khusus sepertimana doktor mendapat latihan perubatan di kolej perubatan, tetapi pengajar kolej hanya terus mengajar tanpa latihan yang diperlukan. bagi melahirkan pelajar berkualiti, pengajar haruslah mengetahui keputusan pedagogi yang patut diguna pakai di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelas.


``nurrul~ktks_ida``
Menurut J.M. Costello di dalam buku Action Research, penyataan masalah di dalam kajian tindakan dapat dikenal pasti melalui permasalah yang wujud di dalam konteks bilik darjah atau sekolah. Selain itu, penulis juga menyatakan bahawa isu dan persoalan yang timbul adalah berdasarkan pandangan kritikal (critical review) daripada rujukan perpustakaan terhadap tajuk kajian yang ingin dikaji dan juga kajian praktikal di dalam seting bilik darjah, sekolah dan sebagainya.