``nurrul~ktks_ida``

Penyataan Masalah berdasarkan 3 jurnal yang dipilih:

JURNAL 1

Tajuk Kajian: Action Research: A Tool for Improving Teacher Quality and Classroom Practice

Pengkaji: Katherine A. O’ Connor, H. Carol Greene, Patricia J. Anderson, 2006.

Penyataan Masalah

Kebanyakkan guru adalah terlalu sibuk untuk membaca tentang suatu kajian, apatah lagi membuat kajian. Mereka menganggap kajian adalah suatu yang tidak relevan kerana terlalu sedikit kajian yang dilakukan oleh guru dan selalunya ia tidak berkait dengan aktiviti harian di dalam bilik darjah. Maka, kajian tindakan dapat membantu mereka untuk mencari strategi dalam memperbaiki amalan pengajaran mereka.


JURNAL 2

Tajuk Kajian: How Do Homework Guides Help Students Acquire Procedural Knowledge?

Pengkaji: Nicholas D. Hartlep, University of Wisconsin Milwaukee, 2008.

Penyataan Masalah

Kajian dan literature review mengenai kerja sekolah adalah terlalu banyak tetapi literature semasa masih tidak dapat menjawab persoalan mengenai kesan dan kepentingan kerja sekolah kepada pembelajaran pelajar. Kerja sekolah dapat memberi pendedahan kepada pelajar pelbagai perkara sama ada yang berkait dengan kurikulum mahupun tidak, termasuklah pengurusan masa.


JURNAL 3


Tajuk Kajian: Pedagogical Research in Psychology: Effective Teaching and Learning in the College/ University Classroom.

Pengkaji: William E. Herman, State University of New York, 2009.

Penyataan Masalah

Kebanyakkan pengajar kolej tidak memperoleh latihan professional yang khusus sepertimana doktor mendapat latihan perubatan di kolej perubatan, tetapi pengajar kolej hanya terus mengajar tanpa latihan yang diperlukan. bagi melahirkan pelajar berkualiti, pengajar haruslah mengetahui keputusan pedagogi yang patut diguna pakai di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelas.


1 Response
  1. edanulmer Says:

    Casino Near Me - MapyRO
    Find your 경상남도 출장샵 perfect spot 울산광역 출장안마 at Harrah's Cherokee Casino 영주 출장마사지 on Mapyro. Explore reviews, find deals and 전라남도 출장안마 online for 안동 출장안마 Casino near you in Cherokee, NC.


Post a Comment