``nurrul~ktks_ida``
Berdasarkan maklumbalas, penambahbaikan yang dapat kami kenalpasti adalah seperti di bawah:


Tajuk Mini K.T:

"Video Interaktif Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran".


Pernyataan Masalah:

1.Amalan pengajaran guru sediada dalam subjek Perdagangan dan Keusahawanan dianggap konvensional.

2.Semasa aktiviti pengukuhan (soal jawab) dijalankan, pelajar tidak dapat memberikan jawapan dengan tepat.

3.Pelajar dilihat kurang berminat untuk mempelajari subjek Perdagangan dan Keusahawanan.


Tujuan Kajian:

Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran subjek Perdagangan dan Keusahawanan lebih menarik dan efektif


Objektif Kajian:

1.Mengkaji samada penggunaan video interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mengubah kaedah konvensional kepada terkini

2.Mengetahui tahap pemahaman pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Perdagangan dan Keusahawanan

3.Menilai samada penggunaan video interaktif dapat meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Perdagangan dan Keusahawanan


Bentuk Soalan kajian:


1.Adakah kaedah konvensional dapat diubah kepada kaedah terkini dalam pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan video interaktif?

2.Adakah pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan dengan penggunaan video interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran?

3.Adakah minat pelajar dapat ditingkatkan dalam subjek Perdagangan dan Keusahawanan dengan penggunaan video interaktif?


L.R link:

http://www.itvdictionary.com/definitions/interactive_video_definition.html

http://www.ctl.utm.my/publications/manuals/mm/elemenMM.pdf
0 Responses

Post a Comment