``nurrul~ktks_ida``
~ Video Interaktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Perdagangan ~


Matlamat Kajian
Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) subjek perdagangan lebih menarik dan efektif.

Objektif Kajian
  1. Meneroka aplikasi video dalam proses P&P subjek perdagangan.
  2. Menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek perdagangan.
Soalan Kajian
  1. Bagaimana aplikasi video interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan.
  2. Adakah aplikasi video interaktif memberi sebarang kesan positif terhadap proses P&P.
0 comments | | edit post
Reactions: 
``nurrul~ktks_ida``


~ Video Interaktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Perdagangan ~


Cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran subjek:



Cadangan Individu:

Kendiri:  Pengawalan sepenuhnya oleh guru di sepanjang proses P&P.
Noria:  Guru perlu telus dan kaya penguasaan bahasa.
Farhana:  Guru perlu bijak menyeimbangkan antara keperluan penggunaan ICT atau tidak berdasarkan topik yang akan diajar.

Cadangan Kumpulan:
  1. Keprihatinan guru dan pihak sekolah .
  2. Guru perlu bijak dan sentiasa mengambil peluang.
0 comments | | edit post
Reactions: 
``nurrul~ktks_ida``
~ Video Interaktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Perdagangan ~



Kelemahan pengajaran subjek:

Refleksi Individu:

Kendiri:  Kekurangan peralatan dan kemudahan teknologi di sekolah.
Oleh Nor:  Isu guru kurang berkemahiran dalam mengendalikan aplikasi video semasa proses P&P.
Oleh Farhana:  Pelajar mungkin hanya tertarik dengan video yang ditayangkan tetapi tidak memahami apa yang cuba disampaikan melalui video tersebut.

Refleksi Kumpulan:
  1. Mencabar kredibiliti guru.
  2. Guru cetek kemahiran ICT.
0 comments | | edit post
Reactions: 
``nurrul~ktks_ida``

~ Video Interaktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Perdagangan ~


Kekuatan pengajaran subjek:

Refleksi Individu:

Kendiri:  Dapat menjimatkan masa guru dan pelajar.
Oleh Noria:  Menjadikan proses P&P lebih menarik.
Oleh Farhana:  Tayangan video boleh diulang banyak kali.

Refleksi Kumpulan:
  1. Menjana ide kreatif guru dan pelajar.
  2. Mengaplikasikan kemudahan teknologi sedia ada dalam proses P&P.
  3. Mampu mengubah cara pengajaran dan pembelajaran konvensional kepada moden.
L.R link:
http://www.scribd.com/doc/19208723/Teknologi-grafik-animasi-audio-dan-video

http://www.tutor.com.my/tutor/pix/2001/0716/DuniaPendidikan/Kertas_Kerja/kk_01.PDF

http://www.ctl.utm.my/publications/manuals/mm/elemenMM.pdf
0 comments | | edit post
Reactions: 
``nurrul~ktks_ida``
Check out this SlideShare Presentation:
0 comments | | edit post
Reactions: 
``nurrul~ktks_ida``
Apa itu guru novis?

Guru novis adalah guru baru yang terlatih dalam profesion perguruan, baru dalam perkhidmatan, juga baru dalam aspek pengajaran, kurikulum, kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran kelas, pelajar dan sebagainya.

Mengapa guru novis perlu melakukan kajian tindakan?
  • Memperoleh sumber penting untuk memahami amalan pengajaran guru, pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.
  • Dapat merancang huraian matapelajaran dengan lebih berkesan.
  • Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta memperbaiki amalan diri.
  • Meningkatkan pengunaan bahan pengajaran supaya menjadi lebih efektif.
  • Sebagai agen perubahan.
  • Berkongsi pengalaman bersama. untuk memperbaiki amalan pengajaran.
0 comments | | edit post
Reactions: 
``nurrul~ktks_ida``
Cadangan tajuk untuk mini kajian tindakan:

"Video Interaktif di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Perdagangan"

Kata kunci:
Video Interaktif - (Pendidikan) = Video yang mempunyai kemudahan hubungan dua hala di antara pelajar dengan penyampai, atau menjawab soalan, dan biasanya digabungkan dengan komputer.

Melibatkan elemen audio, teks, grafik dan animasi.

Pernyataan masalah:

1. Amalan pengajaran guru sedia ada dianggap konvensional.
2. Penggunaan video dalam pengajaran adalah terhad dan tiada kepelbagaian.
3. Adakah minat pelajar terhadap matapelajaran perdagangan dapat dipertingkatkan melalui aplikasi video interaktif?

Peserta kajian:
-Pelajar Tingkatan 4 (kelas perdana)

Setting kajian:
-Bilik Darjah
0 comments | | edit post
Reactions: 
``nurrul~ktks_ida``
SENARAI TAJUK PEMBENTANGAN KOLOKIUM
(perkongsian ilmu)



1. Meningkat Dan Mempermudahkan Kefahaman Pelajar Melalui Aktiviti Permainan Monopoli Bagi Subjek Sains Dan Pendidikan Islam Tingkatan 4. (Nor)



Perbincangan: Kajian tindakan yang dilakukan adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan dan kepentingan penggunaan Bahan Maujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam. Pada pendapat saya, tajuk ini sesuai dengan objektif kajian tindakan. Ini kerana ia telah dapat menjadikan bilik darjah aktif kerana pelajar tertarik dengan penggunaan bahan maujud. Pelajar juga sangat teruja dan menunjukkan reaksi berminat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang akan diajar oleh guru. Selain itu, pelajar juga akan cepat memahami topik yang akan diajar dan lebih faham apabila guru menggunakan pendekatan permainan iaitu kotak beracun. Jadi tidak dapat disangkal lagi bahawa penggunaan multimedia dapat menarik minat pelajar supaya terlibat secara aktif di dalam bilik darjah dan mengelakkan pelajar menjadi bosan dengan pembelajaran sebelum ini yang menggunakan konsep yang sama sahaja.




2. Meningkatkan Keyakinan Pelajar Bermasalah Pendengaran Untuk Berkomunikasi Secara Lisan Dengan Menggunakan Kaedah ‘Verbal Repeatition’ Dalam Proses Pembelajaran Dan Pengajaran. (Nor)



Perbincangan: Kajian tindakan yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar tingkatan satu terhadap subjek sains melalui kaedah pembelajaran berasaskan masalah (pbm). Pada pendapat saya, tajuk ini sesuai dengan objektif kajian tindakan. Ini kerana ia telah dapat menjadikan bilik darjah aktif kerana pelajar tertarik dengan suasana pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Pelajar juga sangat teruja dan menunjukkan reaksi berminat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang akan diajar oleh guru. Jadi tidak dapat disangkal lagi bahawa minat pelajar untuk belajar dapat ditingkatkan melalui pembelajaran bersasaskan masalah.




3. Meningkatkan Keyakinan Pelajar Bermasalah Pendengaran Untuk Berkomunikasi Secara Lisan Dengan Menggunakan Kaedah ‘Verbal Repeatition’ Dalam Proses Pembelajaran Dan Pengajaran. (Farhana)




Perbincangan: Kajian ini sesuai dengan kajian tindakan kerana kajian yang dilakukan adalah untuk tujuan penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu untuk meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran berkomunikasi secara 'verbal repeatition'.



4. Meningkatkan Penguasaan Dan Minat Pelajar Dalam Jawi Melalui Kaedah ‘Congak Jawi’. (Farhana)




Perbincangan: kajian ini sesuai dengan kajian tindakan kerana ia objektif kajian adalah untuk meningkatkan penguasaan dan minat pelajar terhadap jawi. Dalam erti kata lain ianya bertujuan untuk meningkatkan mutu kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta ia memberikan penyelesaian kepada masalah yang timbul. Penyelesaian yang diberi ialah dengan menggunakan kaedah congak jawi. Walaupun ia menggunakan kedua-dua kaedah kualitatif dan kuantitatif, ia masih menepati konsep kajian tindakan.





5. Mengenal Huruf Hijaiyah dalam Pengajaran Tilawah Al-Quran dengan menggunakan Kaedah Nasyid. (Nurul)



Perbincangan: Tajuk kajian yang sesuai kerana memenuhi erti kajian tindakan itu sendiri. Pengkaji dapat memperbaiki kaedah pengajaran guru melalui kajian (pemerhatian) yang dilakukan.



6. Meningkatkan Minat pelajar tingkatan 3 dan 4 dalam Pendidikan Kesihatan melalui Pembelajaran Koperatif. (Nurul)


Perbincangan: Tajuk kajian yang sesuai kerana memenuhi maksud kajian tindakan kerana dapat menambahbaik amalan pembelajaran pelajar didalam kelas. Pengkaji dapat menarik minat pelajar melalui kaedah pembelajaran koperatif bagi proses P&P Pendidikan Kesihatan.







0 comments | | edit post
Reactions: 
``nurrul~ktks_ida``
ABSTRAK JURNAL PILIHAN (perkongsian ilmu)


1. Action Research: A Tool for Improving Teacher Quality and Classroom Practice. (Nurul)

Kajian ini menilai pengalaman 34 pelajar pra-siswazah yang sedang membuat projek kajian tindakan. Kajian ini bergerak seiring dengan peringkat proposal kajian sehinggalah peringkat akhir persembahan. Data dianalisis berdasarkan 2 persoalan kajian iaitu: 1) Apakah bahagian yang paling sukar dalam proses kajian tindakan?; 2) Bagaimana penyertaan didalam kajian tindakan memberi impak kepada amalan guru masa kini dan akan datang?

2. How Do Homework Guides Help Students Acquire Procedural Knowledge? (Nurul)

Kajian ini mengkaji kesan daripada penggunaan log dan panduan kerja rumah terhadap kemampuan pelajar untuk menyelesaikan masalah perkataan yang melibatkan asas penambahan dan penolakan. Pelajar telah membuat 1 daripada 3 ujian setiap hari khamis seminggu di mana berfokus kepada pengukuran asas penambahan dan penolakan. Sebanyak 22 pelajar kelas dua menyertai kajian tindakan ini. Hasil dapatan menunjukkan bahawa panduan kerja rumah dapat memberi kesan positif kepada pelajar agar bermotivasi dan berusaha untuk membuat kerja rumah. Tambahan pula, masalah perkataan yang melibatkan asas penambahan menunjukkan ianya adalah mudah untuk diselesaikan.


3. Pedagogical Research in Psychology: Effective Teaching and Learning in the College/ University Classroom. (Nurul)

Kajian ini merupakan kajian pedagogi dalam konteks kursus psikologi pendidikan. Persoalan kajian berkait rapat dengan; 1) Keberkesanan kursus-kursus wajib, 2) Polisi kehadiran didalam kelas dan, 3) petunjuk awal kejayaan atau kegagalan di dalam kursus. Pengetahuan sedia ada tentang psikologi diukur melalui kuiz dalam kelas yang pertama didapati mempunyai kaitan dengan pencapaian di dalam peperiksaan dimana menunjukkan kursus wajib sedia ada berfungsi dengan betul. Kehadiran didalam kelas juga dilihat sebagai petunjuk untuk pencapaian didalam peperiksaan. Maka, polisi kehadiran kelas semasaadalah dilihat sangat berguna dan patut diteruskan. Pencapaian pelajar didalam ujian pelbagai pilihan dilihat sebagai petunjuk tepat bagi purata di akhir kelas kelak. Dengan itu, peperiksaan major yang pertama merupakan kayu pengukur yang penting untuk pelajar bagi meningkatkan keyakinan untuk berjaya atau sebagai alat amaran awal untuk memperoleh pencapaian yang lemah. Secara keseluruhan, keputusan secara kolektif menyokong pandangan bahawa hasil kajian berasaskan pedagogi adalah berguna dalam meningkatkan refleksi pengajaran dan memperbaiki pengajaran pelajar.

4. Action research in the secondary science classroom: student response to differentiated, alternative assessment. (Farhana)

Kajian tindakan yang dilakukan adalah untuk mengkaji persepsi para pelajar untuk membezakan, model pemilihan penilaian di dalam kelas sains. Elemen-elemen seperti pilihan, meningkatkan pembelajaran dan menambah pengalaman adalah faktor penting yang mempengaruhi pemilihan pelajar.

5. Exploring A Conceptual Model-Based Approach To Teaching Situated Word Problem (Nor)

Penulis meneroka kesan konsep pengajaran berdasarkan kaedah pengajaran berdasarkan penyelesaian masalah dalam pelbagai situasi. Pelajar yang terlibat bagi kajian tindakan ini adalah pelajar gred 4 dan 5 yang lemah dalam mata pelajaran Matematik. Penulis mengadaptasikan rekabentuk kepelbagaian penyelesaian masalah untuk mengaitkannya dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut. Keputusan kajian telah menunjukkan bahawa pelajar yang lemah dalam Matematik dapat mengaitkan soalan yang diberi berdasarkan kriteria yang direka oleh pengkaji. Penulis membincangkan bahawa pencapaian pelajar boleh ditingkatkan dengan memberikan mereka peluang dalam pendidikan, termasuk merekabentuk kaedah pengajaran berkesan.
0 comments | | edit post
Reactions: 
``nurrul~ktks_ida``
::DEFINISI KAJIAN TINDAKAN::

ACTION RESEARCH by Patrick J.M Costello (2003) 
  • Suatu terma, proses, persoalan, dan pendekatan, yang mana ianya adalah fleksible dan berulang.  
  • Ianya adalah praktikal dan memberi penekanan kepada penyelesaian masalah.
  • Dijalankan oleh individu, golongan professional dan para guru di mana melibatkan kajian yang sistematik serta mempunyai refleksi yang kritikal.  
  • Tindakan yang di ambil adalah untuk memahami, menaksir, mengubah dan memperbaiki amalan dalam pendidikan.  
  • Melibatkan pengumpulan dan penganalisisan data dari aspek pengajaran dan pembelajaran.  
  • Refleksi secara kritikal dibuat untuk melihat tindakan yang di ambil dan merancang tindakan susulan di masa hadapan.
TEACHERS DOING RESEARCH AN INTRODUCTORY GUIDEBOOK by R. Murray Thomas (2005)

  • Kajian tindakan merupakan satu kajian atau penyelidikan yang memberikan jawapan kepada sesuatu permasalahan. Ia bertujuan untuk membimbing pembuat keputusan dalam menilai tentang bagaimana untuk mengendalikan sesuatu permasalahan atau kesukaran yang berkait dengan pengajaran.


0 comments | | edit post
Reactions: 
``nurrul~ktks_ida``

JURNAL 1


Tajuk Kajian:  Action Research: A Tool for Improving Teacher Quality and Classroom Practice


Pengkaji:        Katherine A. O’ Connor, H. Carol Greene and
                       Patricia J. Anderson
                       East Carolina University (2006)

Contoh tajuk kajian

Kajian Tindakan: Alat untuk Memperbaiki Kualiti Guru dan Amalan dalam Bilik Darjah


Apa masalah yang dijadikan kajian?

Kebanyakkan guru adalah terlalu sibuk untuk membaca tentang suatu kajian, apatah lagi membuat kajian. Mereka menganggap kajian adalah suatu yang tidak relevan kerana terlalu sedikit kajian yang dilakukan oleh guru dan selalunya ia tidak berkait dengan aktiviti harian di dalam bilik darjah. Maka, kajian tindakan dapat membantu mereka untuk mencari strategi dalam memperbaiki amalan pengajaran mereka.


Apa sampel kajian dan setting kajian?

Sampel kajian: 34 orang pelajar

Setting kajian: 3 seksyen kursus siswazah – Pelajar Master, East Carolina University


Bagaimana pengkaji melakukan kajian (Prosedur Kajian)?

Berdasarkan model 4 peringkat kajian tindakan (Mertler dan Charles, 2005) yang terdiri daripada:

1. Merancang (Planning)

2. Bertindak (Acting)

3. Membangun (Developing)

4. Mereflek (Reflecting)

Menurut Mertler (2006), kajian tindakan merupakan suatu proses yang dapat memperbaiki pengajaran melalui gabungan perubahan.


Bagaimana pengkaji melakukan pengumpulan dan penganalisisan data?

Pengumpulan data dibuat melalui agihan borang kaji selidik di mana merangkumi skala (1-5) dan soalan terbuka.

Analisis data menggunakan:

Teknik analisis kualitatif .


Bagaimana pengkaji memaparkan dapatan kajian tindakan?

Hasil dapatan dibuat berdasarkan soalan kajian dan ianya dipaparkan melalui gambarajah untuk menunjukan skor min setiap dan penerangan yang terperinci bagi setiap skor dan soalan yang terdapat di dalam borang kaji selidik.

Pengkaji juga memberi kesimpulan dan implikasi kajian tindakan yang dibuat serta memasukkan elemen kajian di masa hadapan (future research) sebagai kajian longitude.


JURNAL 2


Tajuk Kajian: How Do Homework Guides Help Students Acquire Procedural Knowledge?

Pengkaji: Nicholas D. Hartlep, University of Wisconsin Milwaukee, 2008.

Contoh tajuk kajian

Bagaimana panduan kerja sekolah dapat membantu pelajar memperoleh pengetahuan prosedural?

Apa Masalah yang dijadikan kajian

Kajian dan literature review mengenai kerja sekolah adalah terlalu banyak tetapi literature semasa masih tidak dapat menjawab persoalan mengenai kesan dan kepentingan kerja sekolah kepada pembelajaran pelajar. Kerja sekolah dapat memberi pendedahan kepada pelajar pelbagai perkara sama ada yang berkait dengan kurikulum mahupun tidak, termasuklah pengurusan masa.

Apa Sampel kajian dan Setting kajian

Sampel kajian: 25 orang pelajar dari Gred 2 (berumur 7-8thn)

Setting kajian: Secondary grade elementary school

Bagaimana Pengkaji melakukan kajian (Prosedur Kajian)

Kajian dilakukan berdasarkan 3 bentuk soalan iaitu:

1- Berapa banyakah latihan yang diperlukan untuk mecapai kecekapan didalam menyelesaikan masalah berkaitan operasi penambahan dan penolakan dalam bentuk ayat?

2- Apakah yang pelajar merasai apabila membuat latihan kerja sekolah di rumah?

3- Bagaimana panduan kerja sekolah dapat member kesan kepada usaha pelajar dalammemperoleh pengetahuan procedural?

Pelajar dikehendaki membuat 3 versi ujian yang berbeza. Log/panduan kerja sekolah diedarkan kepada pelajar untuk dibawa balik ke rumah bagi ibu bapa merekod segala aktiviti pelajar dan perasaan mereka semasa membuat kerja sekolah.


Bagaimana Pengkaji melakukan Pengumpulan dan Penganalisisan Data?

Pengumpulan data berdasarkan:

1. Ujian kertas (13 kali) yang dijalankan pada bulan Nov, Dec dan Jan.

2. Pra-kaji selidik (melibatkan pelajar)

3. Pos-kaji selidik (melibatkan temubual ibu bapa)

Pengkaji menganalisis data melalui frekuensi kerja sekolah yang diberi dan masa yang di ambil oleh pelajar dlam membuat kerja sekolah. Catatan log/panduan kerja sekolah oleh ibu bapa memberi keputusan mengenai purata masa membuat kerja sekolah oleh pelajar.

Analisis data juga diperolehi melalui perbezaan respon yang diberikan semasa pra-kaji selidik dan pos-kaji selidik dan hasil pencapaian ujian yang dibuat oleh pelajar dalam masa 3 bulan. Pelajar di bahagikan kepada 4 kumpulan kecil menerusi markah yang diperoleh iaitu: (1) 5 pelajar teratas, (2) 5 pelajar Pertengahan-atas, (3) 5 pelaja Pertengahan-bawah dan (4) 5 pelajar terbawah.

Bagaimana Pengkaji memapar dapatan kajian tindakan?

Pengkaji memaparkan dapatan kajian melalui graf plot purata markah yang diperoleh oleh pelajar mengikut 4 kumpulan kecil. Terdapat juga jadual purata markah ujian yang dibuat sebanyak 13 kali yang memaparkan purata hasil markah pelajar di dalam kelas.

Pengkaji memberi kesimpulan mengenai implikasi kajian tindakan ke atas amalan pengajarannya di sekolah dengan memberikan pelajar lebih masa dalam membuat kerja sekolah matematik dan juga log kerja sekolah pada awal kemasukkan sekolah kelak.


JURNAL 3

Tajuk Kajian: Pedagogical Research in Psychology: Effective Teaching and Learning in the College/ University Classroom.



Pengkaji: William E. Herman

Contoh tajuk kajian

Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah Kolej atau Universiti, suatu kajian pedagogi di dalam konteks kursus pendidikan psikologi.

Apa masalah yang dijadikan kajian?

Kebanyakan pengajar kolej tidak memperoleh latihan professional yang khusus sepertimana doktor mendapat latihan perubatan di kolej perubatan, tetapi pengajar kolej hanya terus mengajar tanpa latihan yang diperlukan. bagi melahirkan pelajar berkualiti, pengajar haruslah mengetahui keputusan pedagogi yang patut diguna pakai di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelas.

Apa sampel kajian dan setting kajian?

Sampel kajian merangkumi 98 orang pelajar

Setting kajian: Pelajar pra-siswazah yang mengambil kursus psikologi - State University of New York

College

Bagaimana Pengkaji melakukan kajian (Prosedur Kajian)

Pengkaji meletakkan pembolehubah yang mudah seperti kedatangan pelajar dan skor markah peperiksaan dalam melakukan kajiannya.

Terdapat juga Pra-ujian yang dibuat untuk menilai pengetahuan sedia ada pelajar pada awal kelas di jalankan. Pengkaji akan mengaitkan jumlah skor markah yang diperoleh dan membuat perbandingan dengan kedatangan pelajar ke kelas.

Bagaimana Pengkaji melakukan Pengumpulan dan Penganalisisan Data?

Data dikumpul melalui pengiraan min skor keputusan markah pra-ujian yang dijalankan dan jumlah kedatangan pelajar melalui rekod kedatangan mereka.

Bagaimana Pengkaji memapar dapatan kajian tindakan?

Paparan hasil kajian tindakan yang ditunjukkan oleh pengkaji adalah berbentuk penerangan dimana menjawab 3 persoalan kajian yang dibuat iaitu (1) apakah kepentingan kursus wajib sedia ada iaitu Pengenalan kepada Psikologi atau Perkembangan Kanak-kanak? (2) Adakah kedatangan dalam kelas member impak kepada keputusan gred pelajar dan (3) apakah jangkaan awal yang boleh diguna dalam menganggar keputusan ahir gred pelajar dalam kelas?

Hasil dapatan kajian juga dapat membantu pelajar yang bercadang untuk menjadi guru atau pengajar tentang bagaimana kajian terhadap gaya pengajaran sendiri boleh meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.



0 comments | | edit post
Reactions: 
``nurrul~ktks_ida``
Model 1 : Ebbutt (1985)








Model 2 : Kemmis dan McTaggart (1988)

Proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi, kemudian merancangan tindakan (plan), bertindak (action) dan memerhati (observe) iaitu dipanggil gelung 1. Jika masalah masih tidak dapat diatasi, guru haruslah memulakan proses semula ke gelung 2 sehinggalah masalah itu selesai.



Model 3: Stringer (1990)

Stringer melihat kajian tindakan adalah bercorak penyertaan (participatory action research) di mana ianya sebagai satu gelung interaksi. Terdapat 3 fasa iaitu bermula dengan penglihatan (membina gambaran secara temubual-kaji selidik-etc), kemudian pemikiran (menafsir isu-isu yang timbul) dan bertindak (menghasilkan penyelesaian). Proses ini adalah berulang-ulang dan sentiasa diperbaharui.


Model 4 : Elliott (1991)

Ianya berdasarkan model Kemmis, di mana terdapat peninjauan yang melibatkan analisis dan pencarian fakta serta patut dilakukan didalam lingkaran. Aktiviti bukan sahaja berlaku pada permulaan proses. 



Model 5 : Mckernan (1994)

Model ini disesuaikan daripada model Kemmis dan Mc Taggart, 1988. Ianya meliputi proses perancangan, tindakan, pemerhatian, refleksi dan laporan.



Model 6: Mcniff, Whitehead and Costello (2003)

Proses merancang-bertindak-memerhati dan mereflek sentiasa berulang-ulang sehinggalah suatu masalah itu dapat diatasi.



Antara model lain:




0 comments | | edit post
Reactions: 
``nurrul~ktks_ida``
Suatu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri (pengamal/guru/pendidik) sebagai penyelidik, melaksanakan tindakan praktik (intervensi) mereka sendiri yang bertujuan membaiki dan meningkatkan kualiti amalan masing-masing, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi dimana amalan itu dilakukan. Ia melibatkan proses refleksi, merancang, melaksana dan memerhati.


Sumber: Manual Kajian Tindakan, 2006, KPM

Menurut buku Action Research, Kajian Tindakan adalah:
  • Suatu terma, proses, persoalan, dan pendekatan, yang mana ianya adalah fleksible dan berulang.
  • Ianya adalah praktikal dan memberi penekanan kepada penyelesaian masalah.
  • Dijalankan oleh individu, golongan professional dan para guru di mana melibatkan kajian yang sistematik serta mempunyai refleksi yang kritikal.
  • Tindakan yang di ambil adalah untuk memahami, menaksir, mengubah dan memperbaiki amalan dalam pendidikan.
  • Melibatkan pengumpulan dan penganalisisan data dari aspek pengajaran dan pembelajaran.
  • Refleksi secara kritikal dibuat untuk melihat tindakan yang di ambil dan merancang tindakan susulan di masa hadapan.


Sumber: J.M Costello, (2003) Action Research, London: Continuum.
0 comments | | edit post
Reactions: 
``nurrul~ktks_ida``
ULASAN 1


Tajuk kajian: Mengenal Huruf Hijaiyah dalam Pengajaran Tilawah Al-Quran dengan menggunakan Kaedah Nasyid

Pembentang: Nurul Huda Hashim, Siti Nursyahida Saad @ Mohd Yusoff

Penyataan masalah


Pelajar seringkali menghadapi masalah untuk mengenal huruf hijaiyah dalam pembacaan tilawah al-Quran mereka.

Metadologi, Setting kajian dan Sampel kajian

Metodologi kajian meliputi 3 kitaran iaitu (1) mengenalpasti masalah pelajar melalui ujian saringan, merancang dan mengaplikasikan aktiviti dan mengumpul data (2) mengulang kitaran 1 dengan aktiviti yang berbeza dan (3) mengulang kitaran 2. Aplikasi aktiviti yang dijalankan meliputi ujian saringan iaitu dengan kaedah cuba jaya, menyusun flash card, tanyangan video dan penyoalan.

Setting kajian dilakukan di SMK Pendidikan Khas (Vokasional) Perempuan, Shah Alam Selangor.

Sampel kajian adalah sebanyak 9 orang pelajar.

Pengumpulan dan penganalisian data

Data dikumpul melalui penilaian dan pencapaian pelajar, pemerhatian dan latih tubi.

Implikasi kajian

Peningkatan sikap positif dan minat pelajar terhadap penguasaan pembacaan al-Quran dan mengenal huruf hijaiyah di dalam pengajaran mata pelajaran Tilawah al-Quran melalui kaedah nasyid dapat dilihat menerusi peningkatan markah pelajar dan pemahaman mereka.

Manfaat perkongsian ilmu

Menyedari akan hakikat pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam bukan sahaja tertumpu kepada kaedah perbincangan atau syarahan tetapi boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti guru seperti bernasyid. Guru juga harus peka dengan kehendak pelajar masa kini yang mana mahukan keseronokkan didalam pembelajaran mereka dengan menerapkan unsur hiburan di dalam kaedah mengajar tetapi ianya haruslah berlandaskan objektif pembelajaran dan pengajaran yang hendak disampaikan.



ULASAN 2


Tajuk kajian: Meningkatkan Minat pelajar tingkatan 3 dan 4 dalam Pendidikan Kesihatan melalui

Pembelajaran Koperatif

Pembentang: Nurwahidah binti Zolkiflee, Noor Lezura Ab. Aziz



Penyataan masalah

Pelajar kurang berminat dan menganggap mata pelajaran Pendidikan Kesihatan tidak penting kerana tidak melibatkan peperiksaan.

Metadologi, Setting kajian dan Sampel kajian

Metadologi kajian adalah terdiri daripada 4 kitaran iaitu merancang, melaksana, mengumpul data dan menganalisis data, serta refleksi dan penambahbaikkan dalam masa 8 sessi pembelajaran kooperatif di dalam kelas iaitu 70 minit/sesi.

Setting kajian dilakukan di SMK Seri Permaisuri, Bandar Seri Permaisuri, Selangor.

Sampel kajian ini terdiri daripada 35 orang pelajar.

Pengumpulan dan penganalisian data

Pengumpulan data berdasarkan hasil kerja berkumpulan, pemerhatian, temu bual serta refleksi dan penilaian dalam rekod pengajaran harian guru.

Implikasi kajian

Pelajar lebih berminat belajar melalui teknik yang dianjurkan kerana hasil perbincangan membolehkan mereka mengeluarkan dan berkongsi pendapat bersama.

Manfaat perkongsian ilmu

Menyedari akan konsep pembelajaran secara kooperatif memberi kepuasan dan meningkatkan minat kepada pelajar dan guru semasa proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas berlangsung. Akan tetapi, arahan yang diberi oleh guru juga haruslah jelas dan memperuntukkan masa mengikut aktiviti yang dijalankan.
0 comments | | edit post
Reactions: